Panglima Tentera Udara

Ketua bagi perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Panglima Tentera Udara (Tulisan Jawi: ڤڠليما تنترا اودارا; singkatan: PTU). Sebanyak 16 pegawai tertinggi Tentera Udara Diraja British dan TUDM telah memegang jawatan ini semenjak Kemerdekaan. Pada tahun 1967, Komodor Udara1 (Air Commodore) Dato' Sulaiman bin Sujak, menjadi anak watan pertama dilantik ke jawatan ini.Sejarah dicatatkan apabila Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pertama dari TUDM pada 1 September 2009.